Sunday, September 5, 2021

Hadis & Kesihatan

Hadis adalah begitu sinonim dengan Sunnah. Menurut istilah (terminologi) ahli-ahli Hadis, Sunnah adalah sabda, perkerjaan, ketetapan, sifat (watak budi atau jasmani); atau tingkah laku Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam, baik sebelum menjadi Nabi mahupun sesudahnya. Dengan erti ini, menurut majoriti ulama, Sunnah sinonim dengan Hadis.

Menurut ahli-ahli usul fiqih, Sunnah adalah sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang bukan berasal dari al-Quran, pekerjaan atau ketetapannya.[1]

Ahli-ahli fiqih (fuqaha) pula berpendapat, Sunnah adalah hal-hal yang berasal dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam baik ucapan mahupun pekerjaan, akan tetapi hal itu tidak wajib dilakukan.[2]

Bagi umat Islam, al-Hadis adalah merupakan rujukan kedua selepas kitab suci al-Quran. Hadis adalah merupakan perkara yang disabdakan atau dilakukan atau diperakui oleh baginda Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam.  

Pengajaran yang terdapat dari dua sumber yang mulia ini adalah merupakan perundangan dan panduan yang menjadi pegangan umat Islam.

Dalam sekian banyak riwayat hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, tidak kurang pernyataan mengenai kesihatan, yang berhubung langsung dengan kebersihan.

Baginda Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam begitu dikenali sebagai pengamal cara hidup sihat, bukan hanya dalam aspek kerohanian bahkan juga termasuk aspek fizikal.

Cara hidup baginda yang bersederhana dan berdisiplin banyak memberi manfaat dalam kesihatan baginda bagi terus sihat dan cergas dalam melaksanakan peranan sebagai nabi dan rasul.

Pada zaman moden ini banyak kajian saintifik yang dikaitkan dengan amalan hidup beragama ternyata efektif dalam penjagaan kesihatan kini. Apatah lagi pada ketika dunia berada pada era pandemik, terbukti apa yang telah dipesankan lebih dulu oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengelak dan merawat ternyata ada benarnya.  Dalam sebuah hadis baginda telah bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Maksudnya: Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).[3]

Dalam ajaran agama Islam banyak menekankan setiap pekerjaan khusunya yang terkait dengan ibadat lazim dimulakan dengan bersuci atau membersihkan diri. Sering ditekankan kaedah bersuci yang betul, kekerapan bersugi, pengambilan air wudhu yang sempurna dan larangan makan atau minum pada barang yang tertentu telah mengiyakan pesan-pesan Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam sebelum ini.

Pada pendidikan peringkat awal lagi terutamanya dalam ilmu fiqh, kita akan menemui bab berkaitan Taharah, iaitu bersuci atau kesucian. Dalam bab ini, Islam mensyariatkan wuduk sebelum menunaikan solat lima waktu dan sebahagian ibadat lain. Begitu juga disyariatkan mandi dan bersugi untuk kebersihan diri.

Ini bermakna kebersihan dan kesucian diri ialah asas penting ke arah kesihatan jasmani. Malah, ia antara sifat utama orang bertaqwa dan layak mendapat mahabbah, iaitu kasih sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Maidah ayat 6:

 

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُوْسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki”.

Begitu juga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ ‏

Maksudnya: “Abu Hurairah Radiallahuanhu telah meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam, baginda bersabda: Allah tidak menerima solat seseorang diantara kalian jika berhadas hingga ia berwudhu.” (Riwayat Imam al-Bukhari)[4]

Agama Islam menunjukkan keprihatinannya dalam hal kesihatan dengan memberikan panduan ke arah penjagaan kesihatan berterusan. Antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam:

الفطرة خمس، أو خمس من الفطرة‏:‏ الختان، والاستحداد، وتقليم الأظفار، ونتف الإبط، وقص الشارب‏‏

Maksudnya: “Lima amalan ini daripada fitrah, iaitu mencukur bulu di bahagian kemaluan, berkhatan, menggunting misai, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.” 

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Begitu juga apabila menghadap hidangan makanan, Islam menganjurkan kita membersihkan tangan terlebih dahulu. Sebilangan manusia sering alpa kerana kesihatan yang memberikan nilai dalam hidupnya hingga tidak menghargai mahal nikmat itu, sekali gus tidak sedar ia sebahagian detik kehidupannya.



[1] Hadis Nabawi dan Sejarah Kodifikasinya, Prof.Dr.M.M.Azami, Cetakan Kedua 2000, m.s.14. (Rujukan: al-Sunnah wa Makantuha, 59. Taujih al-Nadhar, 3).

[2] Hadis Nabawi dan Sejarah Kodifikasinya, Prof.Dr.M.M.Azami, Cetakan Kedua 2000, m.s.14. (Rujukan: al-Asnawi, Nihayat al-Sul Syarh Minhaj al-Wushul, ii:196. Irsyad al-Fuhul, al-Syaukani, 33. Kasysyaf Istilahat al-Funun, 703-704.

[3] Ṣaḥīḥ Muslim, Al-Naysabūrī, Muslim bin al-Ḥajjāj, hadith no. 2219.

[4] Mukhtashar Shahih Bukhari, Muhammad  Nashiruddin Al-Albani, m.s.98. Pustaka Azam, Cetakan Ketiga 2007.

1 comment:

  1. Hello Everybody,

    My name is Mr. Danish Ahmad by name and I live in the POLAND and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation get any kind of loan you need today, thank you, as you read greatest testimony of my life. with Whatsapp +601117225002

    Testimony of a serious loan acquired, thank you very much Dr. Mark for your loan assistance of 100,000(US DOLLARS) with just a registration fee,that you give me. I will talk about your services to those around me who need a loan or financing. I am happy with the loan you have granted me Do not hesitate,if you need a loan and a real legit loan lender so just kindly contact him now and get your loan via:: markthomasfinanceltd@gmail.com

    Do you need an urgent loan at 3% APPLY: markthomasfinanceltd@gmail.com
    contact@ronniefinance.ltd
    Whats-App on +919667837169
    http://ronniefinance.ltd/fastloan
    Dr. Mark Thomas

    ReplyDelete

Semester Break!

Assalamualaikum, good day everyone! Of late I've been busy juggling between work and study whilst also supervising them kids e-learning ...